Thursday, October 4, 2012

Samsung Galaxy Note2


Seperti yang semua orang tahu. Baru - baru ini samsung telah mengumumkan keluarga henfon Galaxy yang terbaru. Selepas Galaxy S3 dan Tablet Galaxy Note 10.1 kini tiba masanya untuk samsung galaxy note 2 pula.

Dengan skrin yang sedikit lebih bessar dari Note yang lama menjadikan Note 2 ini sebagai henfon yang paling besar skrinnya di dalam keluarga Henfon Pintar Galaksi ( Galaxy Smart Phone) menjadikan henfon ini sedikit panjang ( 151.1mm ). Walau bagaimanapun kelebaran henfon ini kurang sedikit daripada Note yang lama. Disebabkan rekaan bezel Note2 sekarang sedikit nipis dari Note yang lama ( 9.4mm ).

Lain - lain penambahbaikan yang ada dalam Note versi ke 2 ini adalah versi android terbaru iaitu Android 4.1.1 ( Jelly Bean ) berbanding sebelum ini hanya Android 2.3.5 ( Gingerbread ). Kehebatan Galaxy Note2 ini bertambah - tambah disebabkan oleh pemproses Quad-core 1.6 GHz Cortex-A9 yang bermaksud laju. Lebih laju daripada Galaxy s3 ( Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 ).

Layan gambar kat bawah ni