Sunday, December 15, 2013

Cara Untuk Set Mp3 anda sebagai Ringtone di Samsung Galaxy anda.

Mungkin anda pernah set lagu mp3 anda sebagai ringtone tetapi gagal. Rasa pelik kerana henfon pintar tetapi tiada fungsi set lagu mp3 sebagai ringtone. Ramai yang mengalami masalah ini, tetapi susah untuk cari jalan penyelesaiannya. Di sini saya telah sediakan tutorial untuk anda yang sedang mengalami dilema tidak dapat set lagu mp3 kegemaran sebagai ringtone.

1. Buka sebarang aplikasi file manager.

2. Cari fail "media" di direktori utama henfon anda.
   ( jika tiada, anda boleh juga membuat fail baru dan menamakannya "Media" )

3. Masuk kedalam fail media dan cari fail "Audio". Jika tiada, anda boleh membuat fail baru seperti di atas.

4. Di dalam fail Audio, anda perlu membuat beberapa fail lagi untuk kategori ringtone yang anda mahu.
- " Ringtones " untuk bunyi semasa panggilan masuk
- " Alarm " untuk bunyi jam
- " Notifications " untuk bunyi seperti SMS, Email dan aplikasi lain.

Setelah selesai, anda boleh salin lagu mp3 kegemaran anda di folder yang anda rasakan sesuai.

Selepas ini, lagu yang anda masukkan akan disenaraikan di setting ringtone henfon anda.

Thursday, December 5, 2013

Samsung Lancarkan 2 Warna Baru Untuk Galaxy Note 3

Jika anda berada di China dan anda berhajat untuk membeli Samsung Galaxy Note 3, anda harus tahu bahawa Samsung baru melancarkan 2 variasi warna terbaru untuk keluarga Samsung Galaxy Note 3. Warna ''Rose Gold'' dan ''Merlot Red'' hanya terdapat di China buat masa ini, tetapi mungkin akan sampai ke pasaran malaysia juga

Tuesday, May 14, 2013

Kenali Model Samsung Galaxy S4 Anda

Samsung tidak mengeluarkan hanya satu versi Galaxy S4 dan satu Firmware versi Jelly Bean tetapi Samsung mengeluarkan hampir 18 jenis Samsung Galaxy S4 dan hampir 1,000 firmware yang berlainan untuk  Android 4.2.2 dan Android 4.3. Sesetengahnya telah mempunyai 5 atau 6 versi firmware semenjak Samsung Galaxy S4 dilancarkan.

Untuk Mengetahui versi henfon anda. Pergi ke...

Setting > More > About Device > Model Number

Anda boleh juga pergi ke Wikipedia atau lihat gambar dibawah untuk lebih informasi tentang henfon anda.

Wednesday, February 20, 2013

Fakta Menarik Tentang Malaysia






1. Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan dan budi pekerti tetapi tidak semasa memandu.

2. Keluasan keseluruhan Malaysia adalah 329,961.22 kilometer persegi.

3. Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna Facebook tertinggi di Asia.

4. Putrajaya Mempunyai roundabout terbesar di dunia.

5. Bendera Malaysia telah diperkenalkan pada 16 September 1963. Direka oleh seorang jurutera JKR, Mohamed Hamzah.

6. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pernah diberi tanggungjawab menjaga dan memulihara menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad selama 108 tahun.

7. Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan. 

8. Ada 4 tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia iaitu bandaraya bersejarah Melaka dan George Town yang terletak di perairan Selat Melaka, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah termasuk yang terbaru, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (AHLV), di Perak.

9. Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.

10.  Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia.

Saturday, January 26, 2013

Hotel Impian Morib




Impian Morib Hotel adalah sebuah hotel yang terletak didalam daerah Kuala Langat. Hotel ini terletak di laluan ke pantai Bagan Lalang dan Port Dickson. Jarak perjalanan daripada KLIA ke Hotel Impian Morib adalah kira - kira 45 minit dan 1 jam 30 minit perjalanan jika anda daripada Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Maju Express atau KESAS boleh untuk sampai ke Hotel ini.

Hotel yang terletak menghadap Selat Melaka ini mempunyai 90 bilik penginapan dan harga yang diberikan adalah termasuk dua kupon sarapan pagi percuma untuk dua orang. Hotel ini mempunyai kolam renang yang luas, kedalaman kolam renang dewasa adalah 1.3 meter dan 0.3 meter bagi kolam renang kanak – kanak.


Antara kemudahan yang disediakan : -

  • Surau
  • Gimnasium
  • Restoran
  • Kolam Renang
  • Padang Bola Tampar

 
Antara tempat – tempat yang menarik untuk di lawati : -

Pantai Morib
Sebuah tempat yang sesuai untuk beriadah dan tempat makan yang enak.

Jugra
Dahulunya dikenali sebagai Bandar Jugra, tempat yang  bersejarah dan bekas Bandar Diraja di Negeri Selangor.

Bukit Jugra
lokasi paragliding rasmi yang juga adalah litar paragliding dunia selain di Gunung Ledang, Bukit Chendering ,Terengganu, Bukit Sendayan, Negeri Sembilan serta beberapa lokasi lain termasuk Sabah, Sarawak.

Kanchong Darat
Terkenal dengan perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi.

Batu Laut
Terkenal dengan sukan perahu layar.






Saturday, January 5, 2013


SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat tahun baru 2013 aku ucapkan kepada sesiapa membaca blog aku.azam aku tahun ni nak mempelbagaikan lagi kisah dalam blog aku ni. Kalau sebelum ni aku banyak cite pasal teknologi dan automotif, tapi tahun ni mungkin ade pulak cite pasal tempat - tempat atau event yang aku pernah pegi..

sekali lagi aku ucapkan selamat tahun baru!!!!!....