Impian Morib Hotel adalah sebuah hotel yang terletak
didalam daerah Kuala Langat. Hotel ini terletak di laluan ke pantai Bagan
Lalang dan Port Dickson. Jarak perjalanan daripada KLIA ke Hotel Impian
Morib adalah kira - kira 45 minit dan 1 jam 30 minit perjalanan jika anda daripada Kuala
Lumpur melalui Lebuhraya Maju Express atau KESAS boleh untuk sampai ke Hotel
ini.
Hotel yang terletak menghadap Selat Melaka ini mempunyai 90
bilik penginapan dan harga yang diberikan adalah termasuk dua kupon sarapan
pagi percuma untuk dua orang. Hotel ini mempunyai kolam renang yang luas, kedalaman
kolam renang dewasa adalah 1.3 meter dan 0.3 meter bagi kolam renang kanak –
kanak.
Antara kemudahan yang disediakan : -
- Surau
- Gimnasium
- Restoran
- Kolam Renang
- Padang Bola Tampar
Antara tempat – tempat yang menarik untuk di lawati : -
Pantai Morib
Sebuah
tempat yang sesuai untuk beriadah dan tempat makan yang enak.
Jugra
Dahulunya dikenali sebagai
Bandar Jugra, tempat yang bersejarah dan
bekas Bandar Diraja di Negeri Selangor.
Bukit Jugra
lokasi paragliding rasmi yang
juga adalah litar paragliding dunia selain di Gunung Ledang, Bukit Chendering
,Terengganu, Bukit Sendayan, Negeri Sembilan serta beberapa lokasi lain
termasuk Sabah, Sarawak.
Kanchong Darat
Terkenal dengan perusahaan makanan
tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi.
Batu Laut
Terkenal
dengan sukan perahu layar.