Wednesday, February 20, 2013

Fakta Menarik Tentang Malaysia






1. Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan dan budi pekerti tetapi tidak semasa memandu.

2. Keluasan keseluruhan Malaysia adalah 329,961.22 kilometer persegi.

3. Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna Facebook tertinggi di Asia.

4. Putrajaya Mempunyai roundabout terbesar di dunia.

5. Bendera Malaysia telah diperkenalkan pada 16 September 1963. Direka oleh seorang jurutera JKR, Mohamed Hamzah.

6. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pernah diberi tanggungjawab menjaga dan memulihara menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad selama 108 tahun.

7. Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan. 

8. Ada 4 tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia iaitu bandaraya bersejarah Melaka dan George Town yang terletak di perairan Selat Melaka, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah termasuk yang terbaru, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (AHLV), di Perak.

9. Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.

10.  Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia.