Sunday, December 15, 2013

Cara Untuk Set Mp3 anda sebagai Ringtone di Samsung Galaxy anda.

Mungkin anda pernah set lagu mp3 anda sebagai ringtone tetapi gagal. Rasa pelik kerana henfon pintar tetapi tiada fungsi set lagu mp3 sebagai ringtone. Ramai yang mengalami masalah ini, tetapi susah untuk cari jalan penyelesaiannya. Di sini saya telah sediakan tutorial untuk anda yang sedang mengalami dilema tidak dapat set lagu mp3 kegemaran sebagai ringtone.

1. Buka sebarang aplikasi file manager.

2. Cari fail "media" di direktori utama henfon anda.
   ( jika tiada, anda boleh juga membuat fail baru dan menamakannya "Media" )

3. Masuk kedalam fail media dan cari fail "Audio". Jika tiada, anda boleh membuat fail baru seperti di atas.

4. Di dalam fail Audio, anda perlu membuat beberapa fail lagi untuk kategori ringtone yang anda mahu.
- " Ringtones " untuk bunyi semasa panggilan masuk
- " Alarm " untuk bunyi jam
- " Notifications " untuk bunyi seperti SMS, Email dan aplikasi lain.

Setelah selesai, anda boleh salin lagu mp3 kegemaran anda di folder yang anda rasakan sesuai.

Selepas ini, lagu yang anda masukkan akan disenaraikan di setting ringtone henfon anda.

Thursday, December 5, 2013

Samsung Lancarkan 2 Warna Baru Untuk Galaxy Note 3

Jika anda berada di China dan anda berhajat untuk membeli Samsung Galaxy Note 3, anda harus tahu bahawa Samsung baru melancarkan 2 variasi warna terbaru untuk keluarga Samsung Galaxy Note 3. Warna ''Rose Gold'' dan ''Merlot Red'' hanya terdapat di China buat masa ini, tetapi mungkin akan sampai ke pasaran malaysia juga