Saturday, January 11, 2014
Samsung Galaxy S5
Lee Young Hee, naib presiden eksekutif mudah alih syarikat samsung mendedehkan Samsung Galaxy S5 ini akan digandingkan bersama Galaxy Gear versi terbaru.
Samsung juga mengakui tentang rekaan henfon mereka yang hampir sama dan mereka akan melakukan sesuatu tentang ini.
Sunday, December 15, 2013
Cara Untuk Set Mp3 anda sebagai Ringtone di Samsung Galaxy anda.
Mungkin anda pernah set lagu mp3 anda sebagai ringtone tetapi gagal. Rasa pelik kerana henfon pintar tetapi tiada fungsi set lagu mp3 sebagai ringtone. Ramai yang mengalami masalah ini, tetapi susah untuk cari jalan penyelesaiannya. Di sini saya telah sediakan tutorial untuk anda yang sedang mengalami dilema tidak dapat set lagu mp3 kegemaran sebagai ringtone.
1. Buka sebarang aplikasi file manager.
2. Cari fail "media" di direktori utama henfon anda.
( jika tiada, anda boleh juga membuat fail baru dan menamakannya "Media" )
3. Masuk kedalam fail media dan cari fail "Audio". Jika tiada, anda boleh membuat fail baru seperti di atas.
4. Di dalam fail Audio, anda perlu membuat beberapa fail lagi untuk kategori ringtone yang anda mahu.
- " Ringtones " untuk bunyi semasa panggilan masuk
- " Alarm " untuk bunyi jam
- " Notifications " untuk bunyi seperti SMS, Email dan aplikasi lain.
Setelah selesai, anda boleh salin lagu mp3 kegemaran anda di folder yang anda rasakan sesuai.
Selepas ini, lagu yang anda masukkan akan disenaraikan di setting ringtone henfon anda.
Thursday, December 5, 2013
Samsung Lancarkan 2 Warna Baru Untuk Galaxy Note 3
Tuesday, May 14, 2013
Kenali Model Samsung Galaxy S4 Anda
Untuk Mengetahui versi henfon anda. Pergi ke...
Setting > More > About Device > Model Number
Anda boleh juga pergi ke Wikipedia atau lihat gambar dibawah untuk lebih informasi tentang henfon anda.
Wednesday, February 20, 2013
Fakta Menarik Tentang Malaysia
1. Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan dan budi pekerti tetapi tidak semasa memandu.
2. Keluasan keseluruhan Malaysia adalah 329,961.22 kilometer persegi.
3. Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna Facebook tertinggi di Asia.
4. Putrajaya Mempunyai roundabout terbesar di dunia.
5. Bendera Malaysia telah diperkenalkan pada 16 September 1963. Direka oleh seorang jurutera JKR, Mohamed Hamzah.
6. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pernah diberi tanggungjawab menjaga dan memulihara menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad selama 108 tahun.
7. Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan.
8. Ada 4 tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia iaitu bandaraya bersejarah Melaka dan George Town yang terletak di perairan Selat Melaka, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah termasuk yang terbaru, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (AHLV), di Perak.
9. Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.
10. Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia.
Saturday, January 26, 2013
Hotel Impian Morib
- Surau
- Gimnasium
- Restoran
- Kolam Renang
- Padang Bola Tampar
Saturday, January 5, 2013
Selamat tahun baru 2013 aku ucapkan kepada sesiapa membaca blog aku.azam aku tahun ni nak mempelbagaikan lagi kisah dalam blog aku ni. Kalau sebelum ni aku banyak cite pasal teknologi dan automotif, tapi tahun ni mungkin ade pulak cite pasal tempat - tempat atau event yang aku pernah pegi..
sekali lagi aku ucapkan selamat tahun baru!!!!!....










