Sunday, November 25, 2012

Iklan Toyota GT86 diharamkan di UK


Untuk membuat sebuah iklan yang dapat menarik perhatian adalah satu perkara yang sukar. Pembuat iklan perlu memikirkan sesuatu yang diluar imaginasi dan kadangkala sedikit merepek supaya dapat menarik minat penonton dalam jangka masa yang pendek. Tetapi malang bagi iklan kereta GT86, Toyota telah membuat sebuah iklan yang di luar imaginasi dan akhirnya iklan tersebut telan diharamkan di UK.


Lembaga Piawaian Pengiklanan atau Advertising Standards Authority (ASA) UK telah sebulat suara untuk mengharamkan iklan ini dengan menyifatkannya sebagai "memandu secara melulu dan berbahaya." Gambaran mereka tentang iklan ini adalah "menggambarkan kelajuan dan cara kereta dikendalikan dalam cara yang mungkin menggalakkan pemandu untuk memandu tidak bertanggungjawab".



Sunday, November 11, 2012

Initial D Fifth Stage

Initial D adalah sebuah anime perlumbaan kereta yang telah mempopularkan kereta toyota AE86 dan menyebabkan kereta itu menjadi status lagenda, sekaligus harga kereta itu susah nak jatuh.
Anime sambungan Initial D ini secara rasminya telah dipastikan pada Ogos lalu. Episod 1 dan 2 anime ini telah mula bersiaran pada 9 November 2012 yang lalu di jepun. Hanya 2 episod akan dikeluarkan pada setiap bulan. Anime ini akan disiarkan di Animax's PPV dengan harga 840 Yen untuk sebulan.

Windows RT

Windows RT atau Windows on ARM adalah versi sistem operasi Windows 8 yang direka untuk peranti yang menggunakan ARM. Tidak seperti variasi Windows 8 yang lain, Windows RT hanya boleh didapati daripada peranti yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar.

Selain itu, ia juga kekurangan sesetengah ciri - ciri dan fungsi berbanding Windows 8 untuk peranti yang menggunakan Intel. Tujuan asal Windows RT atau "RunTime" direka untuk mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik seperti yang telah di capai oleh peranti yang menggunakan ARM.

Windows RT telah dilancarkan bersama Windows 8 pada 26 Oktober 2012 yang lalu bersama tablet yang di jana oleh Windows RT iaitu Surface. Surface adalah tablet pertama daripada syarikat Windows itu sendiri.