Sunday, November 11, 2012

Windows RT

Windows RT atau Windows on ARM adalah versi sistem operasi Windows 8 yang direka untuk peranti yang menggunakan ARM. Tidak seperti variasi Windows 8 yang lain, Windows RT hanya boleh didapati daripada peranti yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar.

Selain itu, ia juga kekurangan sesetengah ciri - ciri dan fungsi berbanding Windows 8 untuk peranti yang menggunakan Intel. Tujuan asal Windows RT atau "RunTime" direka untuk mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik seperti yang telah di capai oleh peranti yang menggunakan ARM.

Windows RT telah dilancarkan bersama Windows 8 pada 26 Oktober 2012 yang lalu bersama tablet yang di jana oleh Windows RT iaitu Surface. Surface adalah tablet pertama daripada syarikat Windows itu sendiri.

No comments:

Post a Comment