Saturday, June 30, 2012

Toyota 86 : Kereta Masa Depan


Toyota 86 adalah salah satu kereta sukan yang dinanti-nantikan selama ini. Toyota ini juga dikenali dengan panggilan 86 di malaysia. GT-86 di Eropah dan FT-86 Concept. Kereta ini adalah hasil jelmaan semula kereta Corolla Coupe pacuan belakang pada tahun 80an. Kereta yang terkenal dengan majalah Initial-D iaitu AE-86 atau Hachi-Roku.


Dalam membangunkan Toyota 86, Toyota merujuk kepada asas dan keseronokan pemanduan AE-86. Pada era nya, AE-86 adalah kereta wajib untuk rali dan trek, dengan enjin di depan dan pacuan belakang [FR], saiz kompak, ringan dan nisbah kuasa enjin yang tinggi. Dan selepas 20 tahun, AE86 masih lagi glamor dikalangan drifter dan team perlumbaan.

Toyota berkata rekaan kereta ini juga dipengaruhi oleh dua jenis kereta iaitu Sport 800 dan 2000GT. Kepada yang tidak tahu, rekaan Toyota 86 ini juga dibangunkan bersama-sama Subaru. Di mana jika kita lihat rekaan Subaru  BRZ seakan-akan sama dengan Toyota 86. Toyota bertanggungjawab di bahagian penggayaan kereta dan perancangan produk, manakala Subaru pula bertanggungjawab membangunkan bahagian kejuruteraan dan pengeluaran.


“Toyota 86 tidak direka untuk bersaing dengan muscle cars atau berkhidmat sebagai sebuah mesin raksasa yang dikawal oleh komputer seperti mana kebanyakan kereta sukan. Sebaliknya, ia bertujuan meletakkan pemandu dalam kawalan dan mendapat pendekatan 'seronok-di-pandu' yang sama dengan Toyota AE86 yang asal, Toyota Sports 800 dan Toyota 2000GT”, kata President UMW Toyota Motor, Mr. Ismet Suki.

Toyota 86 ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat-selinder Boxer daripada subaru, dan dipertingkatkan oleh D-4S dengan sistem suntikan bahan api secara langsung dan sistem VVT daripada Toyota. Enjin Boxer adalah sebuah enjin yang agak padat dan rata, dengan pusat graviti yang rendah menjadikan enjin ini amat sesuai untuk kereta sukan.


Berikut adalah senarai harga Toyota 86.


No comments:

Post a Comment